Welcome! This is a website that everyone can build together. It's easy!

smk seri garingThis is a featured page


SMK SERI GARING

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Garing
Jalan Kuala Garing
48000 Rawang
Selangor Darul Ehsan
Tel.: 03-60916491
serigaring@hotmail.com
Faks: 03-60927264





Sejarah Sekolah


Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Garing pada awalnya dikenali dengan nama Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Rawang. Sekolah ini telah dibuka pada tahun 1959 dan mempunyai satu kelas peralihan bertempat di Government English School yang kini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Sinaran Budi. Sekolah ini berfungsi sebagai sekolah komprehensif iaitu terdapat sebuah sekolah rendah dan menengah dalam satu bangunan. Sekolah ditadbir sementara oleh guru besar Government English School.

Sebagai sebuah sekolah yang baru ditubuhkan, sekolah ini telah menghadapi masalah kekurangan premis untuk menempatkan pelajar-pelajarnya. Bagi menampung pertambahan bilangan pelajar sebahagian pelajar ini ditumpangkan di Sekolah Rendah Cina San Yuk dan di sebuah premis milik Kelab Blue Circle di Rawang. Pada tahun 1966, barulah pelajar-pelajar berkenaan dipindahkan semula ke premis baru setelah fasa pertama pembinaan sekolah ini siap dibina pada Januari 1966.

Fasa kedua pembinaan ini siap dibina pada tahun 1968 dengan 16 buah bilik darjah dan makmal sains, termasuk dua bilik sains rumah tangga dan sebuah bilik lukisan. Dengan pembinaan bangunan tersebut, maka Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeris), Rawang (yang kini dikenali sebagai SMK Seri Garing) telah berpindah ke premisnya sendiri sepenuhnya iaitu tapak sekolah yang ada sekarang pada Julai 1968. Pada tahun tersebut juga barulah seorang pengetua ditempatkan untuk mentadbir sekolah.

Pada hari Selasa, 25 Mac 1969, sekolah ini telah dibuka dengan rasminya oleh Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu iaitu Yang Berhomat Encik Mohd Khir Johari. Pada tahun 1977, satu pertandingan mencipta nama baru sekolah telah diadakan. Seorang pelajar, Hazemi bin Sidek telah muncul sebagai pemenang dengan nama sekolah hasil ciptaannya iaitu Sekolah Menengah Seri Garing atau nama singkatannya SEGAR. Nama baru ini dipilih kerana lokasi sekolah ini di Jalan Kuala Garing. Singkatan SEGAR pula melambangkan sesuatu yang sentiasa segar lagi mekar. Nama baru ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Encik Chan Siang Sun pada 22 Julai 1977. Ada dua sebab nama sekolah ini ditukar. Pertama, semua sekolah aliran bahasa Inggeris di Malaysia perlu ditukar kepada aliran bahasa Melayu. Keduanya, nama lama sekolah ini bukan nama sebenar tetapi sekadar menunjukkan perbezaan antara sekolah rendah dengan menengah.

Lagu sekolah Tekun-Jujur-Jaya telah dicipta oleh Encik Zainal Rashid salah seorang tenaga pengajar di sekolah pada tahun 1977. Sementara itu, lambang sekolah telah dicipta pada tahun 1966 lagi dengan cogan katanya “Tekun-Jujur-Jaya”.

Sekolah ini kini telah mempunyai 12 blok bangunan. Jumlah pelajarnya menjangkau 3446 orang dengan 158 orang guru sebagai tenaga pengajar.



Visi Sekolah
Menjadi sebuah sekolah harian yang
unggul dalam semua bidang

Misi Sekolah
*Memastikan program kurikulum dan ko-kurikulum yang cemerlang.

*Pengurusan sekolah yang cekap dan berkesan.

*Pembentukan sahsiah warga sekolah yang tinggi.

*Persekitaran sekolah yang kondusif dan hubungan yang erat dengan menggunakan kemudahan-kemudahan yang mencukupi dan prasarana yang lengkap.


Struktur Organisasi
Pengetua :Pn. Ho Chee Lean
Penolong Kanan I: Encik Alwai b. Alias PJK [Dah Tukar Guru Baru]
Penolong Kanan HEM: Encik Mohd Azman bin Osman
Penyelia Petang: Pn. Catherine John
Guru Kanan Bahasa: Puan Lee Siew Lay
Guru Kanan Kemanusiaan: Puan Normali bt. Ibrahim
Guru Kanan Sains & Matematik: Puan Faizah bt. Marzuki
Guru Kanan Vokasional & Teknologi: Encik Hua Kia Long
Kaunselor: Puan Tai Yun Thai & Puan Rosmah Ramli

*Nama Guru di atas kebanyakan nama lama.
*Tunggu senarai nama baru.

Jendela Segar
Segar Events

*MESYUARAT AGUNG PIBG TAHUN 2000/01*




*SEKITAR SMK SERI GARING*
BLOK A




*BLOK BANGUNAN*

A - Allamanda
B - Bougainvillea
C - Caladium Bicolor
D - Dracaena Marginata
E - Episcia
F - Fittonia
G - Gomphrena Globosa
H - Heliconia
I - Ixora


Posted Anonymously Latest page update: made by Anonymous , May 5 2011, 10:44 AM EDT (about this update About This Update Posted Anonymously PK HEM since 2009 - anonymous

4 words added
3 words deleted

view changes

- complete history)
More Info: links to this page
Started By Thread Subject Replies Last Post
Anonymous larangan menbawa telefon bimbit ke sekolah 0 Jan 12 2012, 7:00 AM EST by Anonymous
 
Thread started: Jan 12 2012, 7:00 AM EST  Watch
ada di maklumkan kalau murid tak di benarkan bawa telefon bimbit ke sekolah,para cikgu juga seharusnya buat la teladan yang baik juga la jangan la bawa telefon bimbit ke sekolah dan juga dalam kelas,ada maklumat mengatakan cikgu sambil mengajar pon ada terima juga sms ,dan liat video di telefon bimbit juga la,jangan asyik murid jer la yang kena la,kalau si cikgu yang tak buat teladan yang baik camner murid nak ikut,tugas cikgu ada la mengajar bukan asyik balas sms jer la,harap PIBG sekolah dapat ambil tindakan ke atas cikgu juga kalau dapati balas sms semasa mengajar,sekian la terima kasih,
1  out of 4 found this valuable. Do you?    
Keyword tags: 3d2 (edit keyword tags)
Anonymous amin bekas pelajar smk seri garing 2009 0 Dec 23 2010, 4:17 PM EST by Anonymous
 
Thread started: Dec 23 2010, 4:17 PM EST  Watch
kpd kwn2 amin yg masih study kt smk seri garing,wt elok2 yee dlm spm,pmr and stpm yee,,
to all my friend i wish you all the best and gud luck for you spm,pmr n stpm yee...
1  out of 1 found this valuable. Do you?    
Anonymous Amin bekas pelajar smk seri garing 2009 0 Dec 23 2010, 4:13 PM EST by Anonymous
 
Thread started: Dec 23 2010, 4:13 PM EST  Watch
As,kum....kpd semua cikgu2 yg pernah mengajar sye,saye ingin memohon maaf atas segala salah n silap sye yee cikgu..
kpd khas utk cikgu azman,pn pengetua,and all cikgu2 smk seri garing,thanks yee cikgu semua mahu pown yg mendidik saye atau x,jasa cikgu akan sye kenang smpai bila2,saya windu sgt2 kt alam persekolahan kt smk seri garing rawang,
1  out of 1 found this valuable. Do you?    

Anonymous  (Get credit for your thread)


Showing 3 of 18 threads for this page - view all